Tuesday, November 4, 2008

Kasihan ngan nasib sesetengah org...

Kesian Abby...
Abby Abadi gagal tuntut cerai
Oleh Zaidi Mohamadzaidim@bharian.com.my

ABBY menuntut fasakh selepas kes khalwat suaminya Norman Hakim dan Memey di Mahkamah Syariah Gombak Timur.
Permohonan kali kedua ditolak dokumen disertakan tidak lengkap KUALA LUMPUR: Cubaan pelakon Abby Abadi memfailkan tuntutan cerai buat kali kedua terhadap suaminya, Norman Hakim di Mahkamah Syariah Gombak Timur dekat sini, semalam, gagal kerana tidak disertakan dengan dokumen diperlukan. Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 30, tiba di mahkamah kira-kira jam 11 pagi seorang diri dan memfailkan fasakh terhadap suaminya, bagaimanapun menukar niatnya dengan menuntut cerai selepas berbincang dengan Pendaftar Mahkamah. Bagaimanapun, usahanya terbantut kerana tidak disertakan beberapa dokumen dan maklumat yang memerlukan kerjasama suaminya.
Kehidupan pasangan itu pernah dilanda badai berikutan dakwaan wujud orang ketiga hingga terjadi kes perceraian singkat pada 5 Mei 2006 selepas tiga tahun berkahwin. Mereka kembali rujuk pada 12 Mei 2006. Bagaimanapun, hati Abby sekali lagi tercalar gara-gara kisah penangkapan khalwat Norman dengan pelakon baru, Memey Suhaiza di Ukay Perdana dekat sini, 30 Oktober lalu. "Saya sudah memaklumkan niat untuk menuntut cerai padanya (Norman) melalui SMS dan dia membalas supaya saya meneruskannya. Saya rasa inilah jalan terbaik kerana saya sudah berasa tiada lagi ruang untuk saya memperbetulkan keadaan yang sudah keruh.
ABBY Abadi bertemu Norman di tempat penggambaran drama Gerak Khas bagi menuntut fasakh.
"Saya cuma harap kerjasamanya untuk menguruskan segala-gala termasuk mengemas kini urusan berkaitan perceraian ini. Ingatkan senang nak uruskan hal perceraian ini, sebaliknya banyak perkara yang perlu diselesaikan dulu. "Hasrat dan niat saya (untuk bercerai) ini sudah lama difikirkan, malah sebelum kes khalwat lagi. Saya sudah buntu dan sudah tidak nampak lagi jalan untuk kami terus bersama," katanya. Selepas selesai urusan di mahkamah, Abby mengajak wartawan ke lokasi penggambaran drama polis, Gerak Khas berdekatan Carrefour, Wangsa Maju, di mana beliau bertemu Norman. Setiba di lokasi itu dan disaksikan sekumpulan wartawan, Abby dalam nada emosi meminta Norman menceraikannya.
Mendengar kata-kata Abby, Norman hanya menangis tanpa berkata apa-apa. Bagaimanapun, apabila ditemui wartawan, Norman berkata beliau sedia memberi kerjasama kepada Abby bagi memenuhi hasratnya untuk bercerai. Bagaimanapun dalam nada sedih, Norman berharap supaya rumah tangga mereka masih dapat diselamatkan. "Saya akan cuba pertahankan rumah tangga kami demi anak-anak. Saya terima dengan reda setiap dugaan dan cabaran (termasuk merujuk kepada kes khalwat dengan Memey) yang saya terima sebelum ini sama ada ia dirancang atau sebaliknya. Setiap hari, saya berdoa semoga diberi petunjuk. "Saya sedih sangat jika rumah tangga kami akan berakhir dengan perceraian lagi. Dalam apa juga situasi dan keadaan yang saya lalui, banyak hati yang perlu saya jaga. Abby masih isteri saya yang sah," kata Norman.

No comments: