Friday, October 23, 2009

Bajet 2010

Jam : 4:31pm

Bajet bajet bajet....x sabar ni...hehe... agak2 ader ke berita gumbira????
nak sambung tgk yer....

Wednesday, September 30, 2009

Tips terbaru...

Aries (21 Mac - 20 April)
Orang Nya: Anak mak! Smart mamat. Intelligent (boleh la….)
Tips utk memikat: Bagus untuk minah-minah tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yang sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yang bagus punya.

WARNING: Jika anda betol anda rasa kes ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jangan lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan diworkshop baru baik.
Leo (24 Julai - 23 Ogos)
Orang nya: Penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan orang yang disayangi nya. Jejaka Leo ini juga seorang yang ambitious, self-centered tapi tak ego.(kadang-kadang je ego). Pandai berkata-kata.
Tips utk memikat: Sebagai perempuan, harus lah menunjukkan kewanitaan yang selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.
WARNING: Jangan.. saya ulangi.. JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajok, balik bilang mak.
Virgo (24 Ogos - 23 September)
Orang nya: Pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng’eng. Suka mencari perhatian dari perempuan.
Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yang pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jangan banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai-nilai kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng’eng.. kuat merajuk)
WARNING: Bila pergi dating, jangan pakai yang ter “over welming”.. virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.
Libra ( 24 September - 23 Oktober)
Orang nya: Cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal. Suka buat keputusan `last minute`. Seringkala kontrol diri depan perempuan.
Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yang ceria, happy go lucky.. SO be urself.
WARNING: So bila nak date.. makai lah make-up yg sederhana.. tapi jangan lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem.
Scorpio ( 24 Oktober - 23 November)
Orang nya: Action serius, mudah cemburu, mood swing..
Tips utk memikat: Sentiasa menghargai nya.. nak bergayut di talifon berjam-jam pun takpe! janji dengan dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak suka berkongsi perempuan nya dengan orang lain.
WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio…(jangan kata tak kasi warning)
Cancer ( 22 Jun - 23 Julai)
Orang nya: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya..(berhati-hati ya)
Tips utk memikat: Jangan pulak anda pun nak step kaya… nanti habis duit dikebas.
WARNING: TOLONG Jangan terpedaya dengan kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi…
Sagitarius ( 23 November - 21 December)
Orang nya: Fu.. yoh.. siapa dapat memang untung… Sagitarius org nya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan-jalan.. Sort of adventurous.
Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? kanoeing ke? Anything asal kan jangan membosan kan…
WARNING: Jangan “u plan.. i plan lah”..’confirm tak ada plan’.
Capricon ( 22 December - 20 Januari)
Orang Nya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorang yang sukar nak meluah kan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan ‘cinta’ pada anda.
Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jangan give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal
WARNING: Macam layang-layang putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jangan mahal sampai terputus tali.. melepas lah kau nanti…
Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari)
Orang Nya: Pijak semut tak mati… Suka yang cantik dan menarik perhatian.
Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dengan you.
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan orang.. so sebelum dia tinggal kan kita.. kita blah dulu
Pisces (20 Februari - 20 Mac)
Orang Nya: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy.. Mudah perasan. walaupon tak hensem..
Tips utk memikat: Senyum sikit kat dia, mesti dia akan ingat sampai bila-bila.
WARNING: Mungkin bakal jadi playboya.
Taurus (21 April - 21 Mei)
Orang nya: Mencabar. garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dengan pendirian sendiri. Suka Bantu orang lain.
Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real you…
WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang… kesian takde orang lain layan…
Gemini (22 Mei - 21 Jun)
Orang nya: Mudah Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jangan harap anda nak menang.. dalam apa-apa persoalan jua mereka ada aje alasan nya
Tips utk memikat: Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hati nya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yang lembut, hatinya akan lembut jua.
WARNING: Jangan bersikap terlalu kasar dengan nya.. kalau dah tak tahan dengan mereka.. blah aje jangan banyak cakap.. mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer…..

Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir...


Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal....
Contoh:12 April 197412 + 4 + 1974 = 19901 + 9 + 9 + 0 = 191 + 9 = 101 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir
1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.- Mereka tidak suka bersendirian.-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.- Mereka sangat popular dan idealistik.- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis
- Mereka adalah perintis.- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm) .- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.- Mereka suka seni musik.- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.- Mereka sangat suka berahsia.- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.- Mereka sangat penyayang dan pemurah.- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum...


Sedar x sedar lagi 2 atau 3 hari lagi kiter akan sambut hari raya...cepat sgt masa berlalu kan... erm... so di kesempatan ni...Aku nak amik kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin ...kat semua kawan2 yg kenal aku....kepada membe satu sekolah dulu...member satu matrikulasi...member uum..member2 satu maktab..member2 satu tempat keje...dan member2 huha huha...hehehe.. member kat kL ni..n x luper gak pada saper2 yg terbaca or terbuka blog aku ni...

Korang semua beraya katne???? lau bleh kongsi la citer korang ngan aku...lau ader member2 lama tu...tingalkan pesanan kat sini...mana tau bleh rapatkan semulka silaturrahim kiter kan.. ye tak???


Akhir kata... salam aidilfitri.. jaga diri... hepi2 selalu n berhati2 semasa di jalan raya...!!


Assalamualaikum

Saturday, August 22, 2009

Sahur pertama 2009

Alhamdulillah....baru je selesai makan sahur...rehat sekejap. Sambil2 tu on broadband...pagi ni sahur yg pertama di bulan Ramadan tahun ni..malas nak keluar rumah...panaskan jer makanan yg ada dlm peti ais..td aku n housemate (nan) mkn lauk ayam masak lemak cili padi...lauk dibeli smlm.. hehe....goreng telur..mkn dgn nasi...jadilah...janji perut kenyang...erm...jap jap...nak niat poser... sahaja aku berpuasa esok hari di bulan ramadan kerana Allah s.w.t....ok...kadang2 terlupa baca niat...better beriat utk sebulan terus...kalau terlupa baca, dah kira ader back up la kan... hehe...
Oklah...utk ingatan semua....
Keutamaan Bulan RamadhanBulan Ramadhan adalah bulan diturunkannya Al Qur’an.
Allah berfirman:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
“Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur`an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang batil).” (Al-Baqarah: 185)
Pada bulan ini para setan dibelenggu, pintu neraka ditutup dan pintu surga dibuka.Rasulullah n bersabda:
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِقَتْ أَبْوَابُ النِّيْرَانِ وَصُفِدَتِ الشَّيَاطِيْن
“Bila datang bulan Ramadhan dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan dibelenggulah para setan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, August 21, 2009

Ramadhan....

Ramadan datang lagi...bila sebut ramadan, teringat Puasa, teringat juga Aidilfitri..kann....apa tu Ramadan??? bulan ramadan adalah salah satu bulan dalam bulan Islam...dimana setiap ummat Islam diwajibkan berpuasa di dalam bulan tersebut....erm...puasa...? Puasa tu pula apa???? erm... puasa tu ialah perbuatan menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hinggalah terbenahnyer matahari...erm...kalau saya salah, tolong betulkan yer...
Apa yg penting ialah...esok 22 Ogos bermula nyer ibadah puasa ini...tetapi....ibadah terawih juga sudah bermula.. selepas maghrib hari ni...kiter sudah disunatkan mengerjakan solat sunat terawih...Apa itu solat sunat terawih....erm....ringakasnya...solat sunat terawih adalah satu ibadah yg hanya ditawarkan di dalam bulan ramadan...dalam bulan2 lain, xde yer....erm...bercakap pasal terawih....hehe....standard la kan...awal2 ramadan ni...penuh saf dalam masjid.. kadang2 tu sampai melimpah ruah...ada yg sembahyang kat luar masjid/surau... erm...tapi biler makin dekat dgn Aidilfitri..makin kurang la jemaah nyer...betol x???? erm...mmg berlaku...benda ni berlaku kat diri tuan tanah jugak...awal2 tu semangat ni...nanti biler dah masuk pertengahan bulan ramadan...hehe....erm....walaubagaimana pun...semua tu terletak di hati masing2....kannn....
Selain itu, amalan yg biasa nyer dilakukan di bulan ini....Tadarus al-Quran.... erm....tadarus ialah amalan membaca al-quran...mengaji al-quran....besar pahala nyer tu....sememangnyer dalam bulan ramadan ini, kiter digalakkan melakukan sebanyak mungkin ibadah....bukan sahaja berpuasa....tapi juga bertadarus, bersedekah, banyakkan solat sunat, qiamulail dan sebagainyer...di sekolah aku juga, banyak program yag diatur oleh ustaz2, ustazah2...bagi mengimarahkan lagi bulan ramadan.
Erm...skang dah kul 6.52 ptg...tuan tanah ingat nak mandi lah...pastu nak gerak gi masjid....lau ingatkan org, tp diri sendiri x betul....x guna gak kan.... apa2 pun...jgn luper niat berpuasa ok....
Selamat berpuasa!!! Assalamualaikum....






KELEBIHAN SOLAT TERAWIH

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
-Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
-Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
-Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
-Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
-Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
-Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
-Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Firaun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
-Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
-Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
-Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
-Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
-Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
-Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
-Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Oleh itu...marilah kiter beramai-ramai pergi ke Masjid2, surau2...atau mana2 tempat yg ada mengerjakan ibadan terawih....Insyaallah mudah2an.... Salam Ramadhan... Selamat menjalani ibadah puasa....

Friday, July 31, 2009

Peristiwa Israk dan Mikraj

Assalamualaikum...

Salam Ukhwah....
Erm....hari ni ader sambutan Israk dan Mikraj peringkat sekolah aku... Seperti biaser, lau ader sambutan keagamaan, mest ader penceramah jemputan yg hadir memberi nasihat kat budak2...n kat cikgu2 jgk... sesekali dgr ceramah agama...mmg best...

Israk ??? Apa tu israk??? Haaa....sebagai org islam kita kena la tahu serba sedikit...tadi staz tu ada cakap...sape yg x solat, maka x islam...kenapa ek....? sebab katanya...

I -Isyak
S - Subuh
L - Lohor (Zohor)
A - Asar
M - Maghrib

So sape yg x solat lima waktu tu, x cukup la perkataan Islam tu....ok la....tu cuma salah satu kaedah nak ingat nama2 solat dalam Islam...

Dan banyak lagi yang penceramah bgtau td...antara nyer kejadian Israk Nabi Muhammad S.A.W dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa....yg disebut Israk.... dalam perjalanan itu, nabi kita ada melihat segolongan manusia yang menghantuk kepala mereka dengan batu sehingga berdarah dan berkecai....kemudian kepala mereka kembali normal....kenapa golongan tu berbuat demikian???? erm.... nak tau??? layari la internet korang tu...sesekali baca...seronok..sambil dapat isi diri kiter dgn pengetahuan....


untuk makluman...bleh la layari >>>>
http://al-islam.wikidot.com/israj-mikraj

oklah...roger2...nak kuar dulu.....

Assalamualaikum...

Thursday, July 30, 2009

Selamat Tengahari...

Hai...........!

Pelancaran Bulan Kecergasan......Hari ni aku MC perhimpunan pagi...erm...budak2 berterabur.. seperti biasa budak2 susah nak dgr arahan...tp pelancaran mesti diteruskan...pelancaran diteruskan dgn segmen senamrobik....suka sgt budak2....cikgu2 pun nampak hepy.. semua warga sekolah bersenam dan gerak ikut ketua kat depan...yg best chicky dance ler...haha... tergelak aku...aku sendiri x buat betul2...mcm daring sket..hehe...ngade2 gerakan nyer....budak2 ok la..kalau aku yg buat...ayoooooo keanak2kan...

Apa yg best nyer...hari ni jadual aku agak penuh...x sempat nak sarapan pagi...kul 12 td baru la makan...skang??? kenyang sesangat... mata rasa ngantok la plak....erm...ader kelas bahasa inggeris la plak kul 130...nak memantapkan bahasa inggeris....mantap ke???hehe...

Tu yg kat belakang tu...erm...cikgu yg ditugaskan memantapkan bahasa semua warga sekolah...erm...erm..k lah...nak siap2kan diri....

Assalamualaikum....